Bismillah.
Sebelum ini, saya pernah menulis dalam beberapa blog. Namun
kelihatannya seperti agak layu kerana kurang 'roh' di dalamnya. Maka hari ini, saya sekali lagi nekad untuk
membuka satu blog yang bertemakan perubatan bagi bertukar-tukar idea sebelum ia
hilang sia-sia.
Menulis 12 Cita-cita
Hari ini, saya telah menulis 12 cita-cita untuk tahun 2012
(walaupun kebanyakan kita akan menulis ketika di awal tahun atau ketika
permulaan semester, but better late than never),
dan dalam cita-cita kelapan saya,
saya telah menetapkan untuk menulis 20 artikel.
Menulis mengenai cita-cita, sebenarnya cita-cita ini mampu
mengikat diri kita daripada terleka lalai daripada kesenangan. Cita-cita ibarat
cahaya di dalam gelap. Orang yang tidak mempunyai cita-cita akan terus duduk di
dalam gelap tanpa sebarang matlamat. Namun mereka yang bercita-cita akan
mempunyai “kompas perjalanan” dalam menentukan hidupnya.
Ketahuilah, cuma 3 peratus daripada kita yang mempunyai
cita-cita yang jelas. Selebihnya, kabur!
3 peratus manusia inilah yang menguasai 97 peratus yang
lainnya untuk menjayakan cita-cita mereka. Jadi, adakah kita memilih untuk
menjadi yang 3 atau sebaliknya?
3 peratus inilah yang mengorbankan kesenangan mereka
walaupun semua orang sukakan kesenangan. Persoalannya, adakah kita mahukan
kesenangan itu muncul hari ini atau hari kemudian? Jika kita bersenang-senang
pada hari ini, maka kita mungkin akan terseksa dan menyesal di masa hadapan. Namun
jika kita inginkan kesenangan di hari kemudian, maka jalankanlah cita-cita yang
telah kita tetapkan. Realisasikan cita-cita kita dengan mengorbankan kesenangan
hari ini. Dengan izin Tuhan yang maha pemurah, cita-cita kita berhak
dikabulkan.
Penutup
Bercita-cita besarlah kawan. Jangan takut untuk
bercita-cita.
Cabar diri kita melepasi sempadan kerana manusia tidak tahu
potensi diri selagi tidak memulakan langkah yang pertama. Semoga apabila
tercapainya cita-cita, kita berasa puas dan bangga.
No comments:
Post a Comment